Monday 4 March 2013

I love BDO - Tangkuban Parahu

Kesinambungan sekali lagik dari I love BDO...

Pada hari keempat kami di BDO, kami berpeluang melawat Taman Wisata Alam Gunung Tangkuban Parahu.
Gunung Tangkuban Perahu mempunyai ketinggian 2084m yang terletak di Jawa Barat, Indonesia. Cuacanya yang amat dingin dan sejuk sampai ke tulang membuatkan seolah-olah kami tidak mahu turun dari situ. Ada lagenda di sebalik Tangkuban Parahu tapi apa yang dapat kami lihat sendiri seolah-olah bentuknya seperti tasik tp tiada air. Dan sebenarnya ianya masih aktif. Indonesia kan antara negara yang berada dibawah garisan gunung berapi, dan salah satu nya adalah Gunung Tangkuban Parahu.

Suhu siangnya adalah 17 darjah calcius dan 2 darjah calcius pada sebelah malam.

Angin yang sangat kuat dapat dirasai orang kami semua. Sejuk. Sangat sejuk. Keindahan Tangkuban itu sendiri mengamit mata kami. Masing2 tidak sempat2 untuk mengambil gambar buat kenangan yang paling indah.

Entrance fee : 50,000 rupiah / per person
Entrance fee for vehicle : 15,000 rupiah / per vehicle

Dialog selepas melihat tiket masuk..
Me : babe, tangkuban perahu ni gunung rupenya..xtau plak aku..
Cik bff : iyer? Ohhh ok..
Me : balik ni nk cite ngn dorang la..'korang, kitorg da conquer 1 gunung ok kt BDO..gunung tangkuban perahu...hahaaaaa korang ado?'....

**Insyallah next time nak g Kawah Puteh tu laa...orang kate tempat tu lagik cantik..wink2!!















No comments:

Post a Comment